 |
Sunday, October 07, 2007
"Hello! Fathil..." suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar. "Err, hello. Fathil takde," Umar gugup berhadapan suara itu. "Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah..." suara itu mendesak. "Betul...dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan. "Dah dekat seribu kali Fika call, kenapa dia tak angkat?" "Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya." "Fika dah agak dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika... semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar. "Tapi, tak semua..." Umar membela kaumnya. "Fika tak pernah jumpa pun..... semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap." "Err, suatu hari nanti jumpalah..." "Huh, entah bila..." "Berdoalah pada Allah." "Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar. (Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru. "Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!" gadis itu melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro' di sekolahnya dulu. Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran. (Merdu sungguh suaranya, tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak? Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni....). Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi. "Hello, Fika ni!" Gurlp! Umar menelan liur. "Hello!" balas Umar. "Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya. "Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?" "Err...Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti," "Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho..." "Ish, takderlah. Biasa je..." "Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?" "Abang?!" Gurlp!!! "A'ah...tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!" "Err..." kelu lidah Umar. "Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah...miss you my hero! Ummmwah..."
Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.
…bersambung…
Posted at 10/7/2007 12:15:40 am by putrihanan
 |  |  | Term Papers December 15, 2009 08:05 PM PST
Great info, i glad to see this blog, such an informative article, Thanks for share this. |  |
  |  |  | Term Papers December 15, 2009 08:05 PM PST
Such a nice post, it is really interesting, want to admire you, you are really a hard worker Thanks. |  |
  |  |  | asmayadi February 17, 2008 03:09 PM PST
SAYA TERATARIK DENGAN CERITA CERITA YANG ADA DI WEBSITE KAMU, DAN TERUSLAH BERAMAL IBADAH.
WASSALAM
ASMAYADI
http//www.bpoc.su-sumaterautara.org |  |
  |  |  | Name October 18, 2007 10:42 PM PDT
erm..sebenarnya bukan tanak letak lagi certus lain tapi yg islamik neh susah nak carik. insyaAllah...klu ada akan adelah postnya...=) |  |
  |  |  | DrAhkula October 18, 2007 05:17 AM PDT
hehe certus ana (hehe, tak biasa cakap ana anta nih) tgh cuba antar kat BH. Kalau depa ada feedback nanti ana update anti. Anti tak masuk on9 ke.. ana carik2 kat surau tak nampak lak. Hehe.. certus kat blogdrive tu satu je ke? Letak la certus2 lain byk2.. ana mmg suka baca certus .. teringat zaman muda2 dulu. |  |
  |  |  | putrihanan October 18, 2007 12:58 AM PDT
erm....kena rajin ler buat research... cube calling2 ke...ana tak tau sangat bab2 neh. lgpun segala karya ana pun..ana simpan sendiri jek..tak anto mane2...bg kengkawan je yg bace...klu tak keberatan...leh tak bg ana bace certus enta tu?..=) |  |
  |  |  | DrAhkula October 17, 2007 12:51 AM PDT
hehe, tak perasan bukan u yg tulis certus tu (cerita putus). I pun nak tulis certus la.. sejak baca certus u ni, terdetik lak nak tulis and dah siap satu pun nih. Camana ya.. lepas tulis siap nak antar kat siapa? berita harian ke? boleh ajar sikit |  |
  |  |  | putrihanan October 14, 2007 07:32 PM PDT
huk aloh...iyoko? takpo lah deh...janji paheemm....=) |  |
  |  |  | drahkula October 14, 2007 10:33 AM PDT
napa u eja "gulp" sebagai "gurlp" ?
kakaka.. macam gurl pulak..
apa la
:)) |  |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|