Assalamualaikum kepada sahabat2 semua. Kali ini ana ingin poskan cerpen seorang sahabat yg ana fikir ia amat bermanfaat terutama kepada golongan remaja untuk diambil iktibar. Sebenarnya cerpen ini ana dapat dari satu blog seorang sahabat. Oleh kerana ana tak sempat nak membacanya, ana copy dan simpan dalam folder peribadi ana. Namun dek sibuk dengan pelbagai aktiviti akhirnya terperamlah ia disitu. Rasanya menjangkau 3 bulan baru ana perasan cerpen yg ana simpan tu ana belum meniliknya. Setelah habis ana membacanya, apa yg ana boleh simpulkan, cerpen ini begitu menarik utk dijadikan dakwah dalam bentuk cerita. Isi yg santai namun banyak tersirat dakwah yg boleh menyentuh iman kita seolah terpatuk dibatang hidung kita bila kesilapan yg ditampilkan dalam cerpen ini sama dengan kesilapan yg pernah kita lakukan samada sedar atau tidak. Namun sayangnya, dek terlalu lama terperap, ana pun terlupe siapa empunya cerpen ini. Tapi demi kebaikan bersama, ana poskan semoga ia dapat melahirkan keinsafan kepada yg membacanya. Semoga pahalanya berjalan terus untuk empunya cerpen ini. Cuma harapan ana, jika empunya cerpen ini tersinggah diblog ana, sila2kan informkan yek. Nanti ana bolehlah kreditkan jutaan terima kasih atas ideanya dlm mempelbagaikan dakwah islamiyyah. Wassalam.
(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro... aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyeksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan. Entah bila.....
"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset.
"A'ah!" Umar mengangguk ringkas.
"Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.
"Separuh harga?" acah Umar.
"Beres. Kau nak sekarang ke?"
"Tak nak..." Umar acuh tak acuh.
"Cis, buang karen je!" bentak Fathil.
"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?" Umar meragui.
"Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil berwajah serius.
"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"
"Tak sampai pun sebulan..." Fathil membetulkan fakta.
"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"
"Mmm... dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari makwe aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku."
"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?"
"Biasalah... lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm... tak kena selera gadis idaman akulah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar... tak pernah bermakwe," Fathil meluahkan.
Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu..... dan, kau tahu Umar... kaulah lelaki itu!)
"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau..." Umar menyindir.
"Eleh...nak kutuk akulah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah."
"Ish, awek malang manalah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni... Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
"Dengkilah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari makwe. Sampai sekarang tak der makwe. Dayus! Penakut!" Fathil pula mengenakan Umar.
"Penakut?! Sikit pun aku tak takutlah....aku malas je!"
"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku. Aku cabar kau tackle Maziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
"Maziah mana pulak ni?"
"Classmate aku. Sombong betul dia... buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku."
"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia."
"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan...Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau."
"Hey, aku beranilah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan…" Umar menolak cabaran.
"Kau ulanglah kata kau berani seribu kali. Aku takkan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun..." wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat.
(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik jugalah...) bisik Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Sim card baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.
…bersambung…