Hakikat
bahawa syaitan adalah musuh manusia memang telah diketahui umum. Semua orang
mengetahui bahawa syaitan adalah musuh utama mereka. Tetapi tidak ramai mengetahui
bahawa musuh paling ketat adalah di dalam diri mereka sendiri. Musuh itu ialah
NAFSU. Nafsu jahat yang berada di dalam diri manusia menyamai dengan 70
syaitan.
Nafsu
ada dua jenis, iaitu nafsu yang baik dan jahat. Nafsu yang baik seteru syaitan
manakala nafsu jahat kawan syaitan. Oleh itu hati kita perlu dibersihkan supaya
tidak dipengaruhi oleh nafsu yang jahat.
Hati
sebenarnya adalah 'rumah Allah' dalam ertikata tempat kita mengingati Allah.
Kenapa hati kita jarang mengingati Allah sama ada secara zikir lisan atau hati?
Ini tidak lain berpunca daripada pengaruh jahat Syaitan dibantu oleh musuh
dalam selimut -nafsu kita.
Lantaran
perjanjian antara syaitan dan nafsu untuk menjerumuskan manusia ke dalam
neraka, maka kita sering diabaikan dengan perkara-perkara lain selain
mengingati Allah. Syaitan telah bersumpah dari azali lagi untuk merosakkan
seluruh manusia.
Syaitan
yang menjadi tentera Iblis sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia.
Kita tidak nampak dia tetapi syaitan nampak kita. Susah
bagi kita memerangi musuh yang kita tidak nampak. Syaitan ada di mana-mana.
Bilangannya juga banyak.
Bagaimana
hendak mempertahankan diri dari serangan iblis yang kita tidak nampak? Walaupun
kita tidak nampak syaitan, tapi kita mempunyai Allah untuk meminta perlindungan
dari gangguan syaitan yang kena rejam. Syaitan takut orang yang banyak
mengingat Allah.
Oleh
itu, senjata ampuh untuk melawan syaitan ialah dengan cara MENGINGAT ALLAH.
Posted at 5/25/2007 11:36:19 pm by
putrihanan