Ada sebuah kisah teladan yang boleh dikongsi bersama untuk semua rakan yang masih mempunyai kedua-dua ibu bapa.
"Beberapa
bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan
runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.
Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian.
Saya
cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!
Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya
ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak
kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang
boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya.
Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak
buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak.
Meminta maaf
memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu
saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya,
"Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat
dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" Tak ada apa-apa. Mama restu
dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak puas hati.
Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa".
Saya
masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta
Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan
berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang
berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya
erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa
yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam
tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada
apa-apa?" Tingkah mama semula.
Dalam keluhan yang dalam, ibu
tua seakan mahu bersuaratapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara.
"Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak lupakandan sesakali ingatan
itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika
membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan
peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."
Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal
ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat
berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup
kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM
Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu
mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama
Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu
ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus
bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung
belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam
hati yang penuh terpaksa." Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung
lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi,
mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan
perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung
sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama
ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang
terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap
tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan
air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan
membasuh dosa yang lalu.
Badan saya terasa ringan yang amat
sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa
kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya
selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar
bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan
menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut
menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di
hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat
berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat
Suatu
hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya
dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën
Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang
diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti
seminggu untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya
dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan
saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara
ellaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.
Menurut
ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung
menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak
juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang
uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini
si anak tidak pernah berbuat demikian.
Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon
ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini. "Syukur kamu dah
insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh.
Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang
satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa.
Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa
sungguh berat dan amat tersinggung.
Mak terlalu sedih anak
yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya
dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang
tua bodoh. Tak ada otak'"
Cerita lelaki itu, satu hari dia
meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil
duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya
dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia
mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu
didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda
menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak
keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"
Akhirnya
dosa si anak diampunkan. Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita
membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari
mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan
hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung
hatinya.
Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan
kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat
makbul? ["..dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada
ibu bapa. Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong
dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." (An-Nisa':36)]
" Ya Allah, bukalah pendengaran hatiku kepada
ingat padaMu dan beri rezekilah aku dengan taat kepadaMu dan
taat kepada RasulMu dan mengamalkannya sepanjang yang tersebut di
dalam kitabMu. Amin Ya Allah! "