ABAH...
Riasmu masih diingati
Senyummu menyejukkan hati
Tawamu penghibur sepi
Nasihatmu pemangkin jati diri
ABAH
Keringatmu menafaskan kami semua
Walau sakit, jerit dan payah
Kau singkirkan ia jauh
Agar...
Anak-anakmu sentiasa kekenyangan
Tanpa tangisan kebuluran
ABAH...
Walau kini kau tiada
Kami gagahkan jua kaki menyusuri alam fana ini
Ketahuilah olehmu wahai abah
Pergimu tak sia-sia
Kerana putera puterimu ini
Mengikat kemas nasihatmu
Dengan tali kasih sayangmu
Di pautan hidup fatamorgana
Agar tidak putus dipertengahan
Tanpa haluan...
Bak layang-layang yang putus talinya
ABAH...
Terimalah hadiah yang tak seberapa ini
Dari anak-anakmu sempena hari lahirmu...
Walau setinggi mana langit yang dicapai
Walau sedalam mana lautan yang diteroka
Kata-katamu tetap menjadi azimat
Dan doa kami
Menjadi cahaya persemadianmu
Amin...