Kedudukan Dua
Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah
Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang
menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah.
Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh
Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah
tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan
yang lain kecuali naungan Allah sahaja.
Hadis yang bemaksud: "Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang
membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang
yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan
cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah
melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui
apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah
(yang mengingati Allah) bersunyi (keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia
sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk
dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan
oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu?
Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang
berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah
menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada
hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.
Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang
bermaksud: "Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana
kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan
kecuali nuangan-Ku"
Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya
ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah. Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang
lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai
kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam
suasana yang demikian sangat payah untuk
dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya
kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya
dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi
mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan
dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.
Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W, baginda bersabda: "Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih
sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi
dan shuhada yang menyukai mereka." (riwayat Attarmizi
Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah
(R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi
menziarahi saudaranya (sahabat) di
sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat
memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ?
Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya
lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau
menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya
"Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu
sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah."
Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat
manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.
Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang
Islam
Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa
sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang
memasukkan penganutnya kedalam syurga. "Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan
masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih
sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan
lahirlah kasih sayang? Sebarkansalam di antara kamu."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan
tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad
dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai
persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat
menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan
sebagainya. Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah
membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi
(rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat. Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi
menanamnya didalam hati kecuali Islam.
Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di
antara mereka jualah yang akan
menjayakan perjuangan mereka.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan
saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila
satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan
berjaga malam dan demam." (Riwayat Muslim)
Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan
mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan
sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas
yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.
Posted at 2/6/2007 5:28:45 pm by
putrihanan