AWAS!!! JANGAN DEKATI MURTAD!!!
AWAS!!! JANGAN DEKATI MURTAD!!!
'Sesiapa yang telah menukarkan agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya..'
(Hadis riwayat Bukhari)
Islam menetapkan hukuman bunuh kepada sesiapa sahaja yang murtad atau keluar daripada agama Islam.Di dunia,dia akan dikenakan hukuman yang paling keras iaitu hukuman bunuh dan di akhirat pula, dia akan dihumban ke dalam API NERAKA buat selama-lamanya….
Sejak akhir-akhir ini, gejala murtad kian meruncing serta mendapat spekulasi meluas daripada masyarakat Islam di Malaysia umumnya.Hal ini kerana, terdapat kes murtad berlaku tanpa disedari oleh umat Islam sehingga ia secara jelas telah menjejaskan kesucian akidah Islam sekali gus menimbulkan pelbagai skeptikal yang melampau daripada pihak kuffar.Terlalu banyak unsur-unsur yang membawa kepada gejala murtad akibat kurangnya kefahaman dan penghayatan dengan sebaiknya oleh setiap individu bergelar Muslim dalam kehidupannya.Oleh sebab itu, sudah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk memahami secukupnya segala unsur dan gejala murtad agar akidahnya terselamat dan bersih daripada gejala murtad tersebut.
PENGERTIAN
Murtad berasal daripada perkataan riddah daripada akar kata radda yang bermaksud kembali dan dinamakan sebagai murtad dan dinamakan sebagai murtad kerana dia kembali kepada kekufuran.
Menurut Ibn Manzur di dalam magnum opusnya Lisan Al Arab, murtad itu ialah kembali kepada kufur setelah menerima Islam.
ISTILAH
Keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas Islam yang diikrarkan dengan lafaz dua kalimah syahadah serta patuh kepada hukum daripada kedua-duanya.
AL QALYUBI
Murtad sebagai memutuskan pengangan terhadap Islam dengan niat atau dengan perkataan atau dengan perbuatan sama ada berupa persendaan, penghinaan atau kepercayaan.
CARA BERLAKUNYA MURTAD
1) PERBUATAN
- berlaku apabila seseorang Islam melakukan sesuatu tindakan atau perbuatan yang dilarang syarak dengan sengaja, mempersendakan hukum Allah, memandang ringan atau mahu menentang hukum Islam.
- Contohnya, sengaja sujud kepada matahari, bulan atau lain-lain objek atau sengaja melempar Al Quran.
2) PERCAKAPAN
- mengaku dirinya kafir atau menafikan Allah s.w.t sebagai Tuhan.
- Mengaku ada tuhan yang lain daripada Allah , menafikan salah satu sifat-sifat Allah seperti mendakwa Allah mempunyai anak, mendakwa dirinya sebagai nabi dll.
3) I'TIKAD
- Kepercayaan yang menyeleweng daripada konsep akidah Islam yang sebenar seperti meyakini bahawa alam ini wujud secara semula jadi tanpa khaliq, mengangap aAllah bersifat baharu, beriktikad berlakunya penyatuan zat antara khaliq dengan makhluk dll.
4) KEENGGANAN DAN PENAFIAN TERHADAP PERINTAH ALLAH
- Kengganan daripada menunaikan perintah Allah swt, Ijmak Ulama' memutuskan bahawa seseorang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kefarduannya dianggap murtad.
'dan sesiapa antara kamu yang murtad ( berpaling tadah ) dari agamanya (agama Islam ) lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, kekal di dalam nya ( selama-lamanya)..' [Surah Al-Baqarah : 217]
Apabila seseorang itu telah disabitkan MURTAD :-
- Hukuman hudud tidak dijalankan serta merta, sebaliknya hendaklah dipastikan terlebih dahulu keadaan dan sebab berlakunya murtad di samping memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang saksi yang adil berhubung dengannya.
- Jika ia berpunca dari KEKELIRUAN terhadap Islam, maka pihak pemerintah hendaklah menghantar alim ulama' untuk menerang dan menghilangkan segala keraguan dengan mengadakan perbincangan
- Tetapi, sekiranya murtad itu berlaku kerana sesuatu tujuan atau matlamat keduniaan atau kerana memberontak,maka hukuman *HUDUD [BUNUH] boleh dijatuhkanke atasnya setelah diberi tempoh yang cukup untuk dia menilai dirinya.
* Setelah BUNUH :-
- mayatnya tidak boleh diuruskan secara ISLAM
- Tidak boleh dikebumikan diperkuburan tanah ISLAM
- Hartanya tidak boleh diwarisi
NAMUN....SEJAUH MANA PELAKSANAAN HUKUMAN DI NEGARA KITA DALAM KETEGASAN MEMBENTERAS GEJALA INI!!! SEDARLAH KITA KURANGNYA PENEGASAN DALAM MEMBENTERAS MASALAH RUNCING INI....JADI..
KITA SEBAGAI KHALIFAH YANG TELAH DITAKLIFKAN OLEH ALLAH...WAJARKAH HANYA 'DUDUK DIAM' ??????? FIKIR-FIKIRKAN.....CANANG-CANANGKAN.......