Pantun nasihat halwa telinga
Yang baik jadikan teladan
Terasa hati maaf ku pinta
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Budak sekarang makin kurang ajar
Apakah kerana kurang didikan
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Perintah Allah jangan diingkar
Azab nerakaNya amatlah ngeri
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Quran dan sunnah harus dipegang
Agar hidup sentiasa dirahmati
Berburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kasih manusia selalu hambar
Cinta Ilahi kekal abadi
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Banyakkanlah amal dan bakti
Kelak berat pahala ditimbang
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat buahnya serta bunganya
Apalah gunanya harta menimbun
Andai hati gundah gulana
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Perbanyakkan amal sebagai bekalan
Semoga di sana aman selalu
Gunung Daik bercabang tiga
Pulau Pandan jauh ke tengah
Bila azan telah bergema
Dirikan solat jangan dilengah
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Syaitan dan iblis musuh durjana
Hawa nafsu usah diturutkan